Anugerah Grammy 55: Fun Bawa Pulang Dua Trofi

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fun
Fun

Los Angeles: Kumpulan trio Fun membawa pulang dua trofi pada Anugerah Grammy ke-55 iaitu Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu we Are Young.

Anugerah tersebut telah berlangsung di Staples Centre, Los Angeles malam Ahad.

Fun. turut memberikan persembahan yang bertenaga menerusi lagu Carry On.

Bagaimanapun, pesaing Fun., Gotye memberikan kejutan apabila lagunya menerusi Somebody That I Used to Know menampilkan Kimbra meraih Rekod Terbaik dan Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Grammy Ke-55:

Album Terbaik: Babel, Mumford & Sons

Rekod Terbaik: Somebody That I Used to Know, Gotye featuring Kimbra

Lagu Terbaik: We Are Young, Fun.

Artis Baru Terbaik: Fun.

Album Pop Vokal Terbaik: Stronger, Kelly Clarkson

Album Dance/Electronica Terbaik: Bangarang, Skrillex

Album Rock Terbaik: El Camino, The Black Keys

Album Alteratif Terbaik: Making Mirrors, Gotye

Album R&B Terbaik: Black Radio, Robert Glasper Experiment

Album Rap Terbaik: Take Care, Drake

Album Country Terbaik: Uncaged, Zac Brown Band

Album Amerika Terbaik: Slipstream, Bonnie Raitt

Persembahan Pop Solo Terbaik: Set Fire to the Rain (Live), Adele

Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik: Somebody That I Used to Know, Gotye dan Kimbra

Rakaman Dance Terbaik: Bangarang, Skrillex dan Sirah

Album Vokal Pop Tradisional Terbaik: Kisses on the Bottom, Paul McCartney

Persembahan Rock Terbaik: Lonely Boy, The Black Keys

Persembahan Hard Rock/Metal Terbaik: Love Bites (So Do I), Halestorm

Lagu Rock Terbaik: Lonely Boy, The Black Keys

Lagu R&B terbaik: Adorn, Miguel

Persembahan R&B Tradisional Terbaik: Love on Top, Beyoncé

Persembahan R&B Terbaik: Climax, Usher

Album Kontemporari Terbaik: Channel Orange, Frank Ocean

Persembahan Rap Terbaik: N----- In Paris, Jay-Z dan Kanye West

Kolaborasi Rap Terbaik: No Church in the Wild, Jay-Z & Kanye West, Frank Ocean dan The-Dream

Lagu Rap Terbaik: N----- In Paris, Jay-Z dan Kanye West

Persembahan Country Solo Terbaik: Blown Away, Carrie Underwood

Persembahan Country Duo/Berkumpulan Terbaik: Pontoon, Little Big Town

Lagu Country Terbaik: Blown Away, Carrie Underwood

Penerbit (bukan klasikal) Terbaik: Dan Auerbach

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan