Reen Rahim Telah Dilatih Tangani Tekanan

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reen gembira kerjaya lakonannya semakin berkembang.
Reen gembira kerjaya lakonannya semakin berkembang.

PETALING JAYA: Pelakon Reen Rahim memberitahu tidak terlalu tertekan dengan kontroversi yang melandanya baru-baru ini kerana telah dilatih untuk menangani tekanan semasa berada dalam program Pilih Kasih musim ketiga.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, 25, berkata, didikan yang diterima semasa menyertai program berkenaan telah banyak membantunya menghadapi sesuatu perkara dengan lebih rasional dan bijak.

"Tertekan tetap ada tetapi saya lebih tenang kerana semasa berada dalam program Pilih Kasih kami memang telah dilatih untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila menghadapi situasi sebenar.

"Alhamdulillah sokongan yang diterima cukup positif dan ramai yang memberikan kata-kata semangat supaya tidak berputus asa," jelasnya kepada mStar Online.

Nama Reen menjadi sebutan apabila drama Sahara yang disiarkan menerusi saluran Astro Prima dikritik pelbagai pihak kerana dikatakan merendah-rendahkan martabat wanita berpurdah yang tidak menjaga adab kerana berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam pada itu, Reen berkata, dia amat bersyukur walaupun masih baru dalam bidang lakonan banyak penerbit dan pengarah mula memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang watak penting dalam karya mereka.

"Tiada apa yang menggembirakan saya selain mendapat kepercayaan daripada mereka dan itu adalah sebagai motivasi kepada saya terus mendapat perhatian," katanya.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam dilem Gangster Celop, Reen berkata walaupun wataknya kecil dalam filem berkenaan tetapi dia banyak menimba ilmu dari pengarahnya, Ahmad Idham.

Selain Reen, filem itu turut menampilkan Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zulaika dan Yus (Raja Lawak) dan akan ditayangkan pada 21 Februari ini.

Selain Gangster Celop Reen bakal muncul dengan beberapa drama seperti Aku Tak Percaya Cinta, KL Drift The Series dan Balon.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan