Lana Del Rey Dan Kekasih Bertunang

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lana Del Rey.
Lana Del Rey.

SELEPAS setahun menjalinkan hubungan dengan Barrie-James O'Neill, penyanyi Lana Del Rey dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya itu.

Daily Mail melaporkan, Lana tidak mengesahkan secara rasmi mengenai berita itu, namun cincin yang dipakai pada jari manisnya telah menjelaskan khabar tersebut.

Wanita berusia 26 tahun itu juga tidak menyembunyikan perkara itu dan bangga menunjukkan cincinnya kepada paparazzi yang mengejarnya.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan sejak Februari tahun lalu dan kini para peminatnya mengharapkan dia akan berkahwin tidak lama lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan