Perkataan 'Ayahanda', 'Abang Long' Tidak Perlu Dikontroversikan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham bekerjasama dengan Yusof Haslam untuk menerbitkan filem Gangster Celop.
Ahmad Idham bekerjasama dengan Yusof Haslam untuk menerbitkan filem Gangster Celop.

PETALING JAYA: Pengarah filem Gangster Celop, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menjelaskan penggunaan perkataan seperti “Ayahanda,” “Abang Long” dan “Abang Kawasan” dalam karya terbaharunya itu tiada kaitkan dengan mana-mana pertubuhan tertentu.

Ahmad Idham, 41, berkata, ia tidak perlu dikontroversikan kerana perkataan tersebut adalah bersifat universal dan tidak memerlukannya untuk meminta kebenaran daripada mana-mana pihak untuk digunakan.

"Penggunaan ayat itu langsung tidak menyentuh sesiapa kerana tujuan saya adalah untuk memartabatkan budaya dan bahasa sebagai lambang menghormati orang yang lebih tua.

"Ia adalah perkataan dan ayat bersifat universal dan bukannya hak sesiapa jadi saya tidak nampak di mana ia akan menjadi isu," jelasnya ketika ditemui selepas majlis tayangan filem tersebut dekat sini pada malam Khamis.

Gangster Celop yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta adalah filem terbitan syarikatnya Excellent Pictures dengan kerjasama Skop Productions. Ia bakal ditayangkan pada 21 Februari depan.

Filem itu menampilkan pelakon seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Reen Rahim, Mazlan Pet Pet, Yus (Raja Lawak) dan Hanis Zalikha.

Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat bumiputera itu telah membuka ruang kreatif yang lebih luas dan dengan itu dapat menghasilkan karya yang lebih segar.

"Kerjasama yang dijalankan itu juga membuktikan persepakatan dan persefahaman di antara pembikin filem bumiputera yang mampu menonjolkan kehadiran sebagai pemain utama dalam industri perfileman tempatan," katanya.

Sementara itu, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Ahmad Idham untuk mengarahkan filem berkenaan dan percaya dengan kebolehan pengarah berpengalaman itu.

Malah katanya, gabungannya dengan Ahmad Idham adalah sebagai perangsang kepada kedua-dua syarikat khususnya industri perfileman.

"Genre komedi adalah antara kepakaran Ahmad Idham dan saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk menghasilkan filem kerjasama ini dari segi skrip dan pengarahan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan