Russel Brand Enggan Campur Urusan Katy Perry

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Russel Brand
Russel Brand

PELAWAK Britain Russell Brand menyifatkan bekas isterinya Katy Perry serang wanita yang sempurna, namun dia enggan mencampuri urusan penyanyi itu lagi.

Menurut laporan Contactmusi.com, Russel yang ditanya pendapatnya mengenai perhubungan Katy dan John Mayer berkata, dia tidak mahu memberi kenyataan yang boleh mengganggu perhubungan wanita itu dengan John.

"Kita perlu buang jauh perasaan ingin menjaga seseorang yang sudah kita ceraikan. Wanita itu (Katy) sangat sempurna daripada segala sudut," katanya.

Russel dan Katy bercerai pada Disember 2011 selepas 14 bulan perkahwinan mereka.

Tambah Russel, dia turut mengakui pernah mengenali beberapa orang wanita namun dirinya masih lagi solo.

"Buat masa ini, saya tidak keluar dengan sesiapa pun, saya inginkan seorang wanita romantik yang dapat meluangkan masa bersama-sama melakukan perkara yang diminati," ujarnya.

Sebelum ini Russel dikatakan mempunyai perhubungan intim dengan aktres Demi Moore, namun dia menafikan khabar angin tersebut.

"Saya menyukainya, dia seorang yang cantik. Tetapi saya belum lagi mencintainya," kata Russell.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan