Pencari Hantu, Robb Demarest Sertai 'Seekers' Di ntv7

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robb Demarest (dua dari kanan) bersama pihak produksi untuk rancangan Seekers di ntv7
Robb Demarest (dua dari kanan) bersama pihak produksi untuk rancangan Seekers di ntv7

PETALING JAYA: Program paranormal, Seekers musim ke sembilan akan menampilkan pengacara program popular Ghost Hunters dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Robb Demarest dalam misi mengesan aktiviti paranormal di negara ini.

Robb yang ditemui berkata, pengalaman menjalani penggambaran untuk lima episod program itu di Malaysia telah memberikannya perspektif baharu dalam membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh.

"Hampir 20 tahun berada dalam bidang ini namun kedatangan saya ke Malaysia telah memberikan pengalaman baru buat diri saya.

"Beberapa peristiwa yang belum saya pernah alami sebelum ini dapat saya rasai ketika berada di sini. Ia menakjubkan, jelasnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Seekers musim ke sembilan di Sri Pentas di sini, Khamis.

Rancangan itu bakal bersiaran pada bulan Jun depan sebanyak 13 episod di ntv7.

Selain Robb, Seekers musim terbaharu itu juga turut menampilkan personaliti makanan Australia yang juga berasal dari Seremban, Negeri Sembilan iaitu Jackie M.

Rancangan tersebut masih mengekalkan dua pengacara tetapnya iaitu Syai dan Jufri Rayyan.

Dalam pada itu, Robb berkata, dia juga terkejut dengan kebolehan krew produksi tempatan yang mampu bergerak pantas dan mengesan aktiviti paranormal dengan cekap.

Katanya, alatan untuk penggambaran itu juga bermutu tinggi bagi memudahkan proses mengesan makhluk halus.

"Mungkin akan ada pihak yang mempertikaikan kesahihan entiti yang dijumpai tetapi percayalah ia benar-benar berlaku.

"Pengalaman bersama krew tempatan benar-benar memberikan impak dan saya tidak keberatan untuk kembali pada musim seterusnya," jelasnya.

Sementara itu tambah Jackie pula, sebagai rakyat tempatan yang membesar dengan pelbagai mitos mengenai hantu dan makhluk halus, penglibatannya dalam program itu cukup membuatkannya teruja.

"Puntianak, pocong, hantu raya dan sebagainya adalah jenis-jenis makhluk halus yang telah melekat namanya dalam minda kita.

"Perkara yang saya pelajari melalui program ini adalah ia sebenarnya terletak kepada kekuatan diri sendiri," katanya.

Dalam pada tu menurut penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail, Seekers kali ini tampil penuh kejutan, seram dan suspens dengan pelbagai perkara aneh dalam mencari jawapan kepada misteri paranormal yang ditampilkan.

"Saya pasti penonton berminat melihat sesuatu yang jarang boleh ditemui terutama apabila berjaya dirakam secara visual ataupun bunyi.

"Inilah kelainan yang kami cuba sampaikan melalui rancangan ini iaitu sejauh mana perkara paranormal boleh diterima akal atau mungkin kami boleh membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh," katanya.

Tambah Aeizul, program tersebut turut dilengkapi dengan peralatan teknologi terkini seperti kamera infra merah, alat pandangan malam, pengesan bunyi dan haba sensitif, medan pengesan elektronik serta lampu suluh.

"Seperti musim lalu, kali ini kita juga memanggil beberapa selebriti dan sukarelawan bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut dalam diri masing-masing," jelasnya.

Tambahnya, kru dan ahli penyiasat Seekers telah ke beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 13 episod ia bersiaran.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan