Nama Anak Faezah Elai Masih Lagi Rahsia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Heykal bersama anak keduanya, Sarah Heyrissa, 11, hasil perkahwinan lalu. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Heykal bersama anak keduanya, Sarah Heyrissa, 11, hasil perkahwinan lalu. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Pengarah drama Heykal Hanifah masih belum mengetahui nama anaknya kerana ia masih menjadi rahsia isterinya pelakon Faezah Elai sehinggalah wanita itu dibenarkan keluar dari pusat perubatan Prince Court dekat sini.

Heykal berkata, Faezah berjanji akan memberitahu nama anak tersebut ketika dalam perjalanan pulang pada Jumaat (hari ini) ataupun Sabtu apabila dibenarkan pihak doktor untuk pulang ke rumah.

“Kalau ikut nama tiga anak pertama saya hasil perkahwinan dahulu, kesemuanya ada huruf H pada nama hujung mereka.

“Mungkin saya akan kekalkan huruf yang sama tetapi nama pangkal dipilih oleh Faezah. Dia bertegas tidak mahu dedahkan kepada saya sampai hari ini.

“Jadi kami buat perjanjian untuk mengetahui nama pilihan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas dia dibenarkan keluar dari hospital, esok atau lusa,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Faezah, 30, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.31 kilogram secara normal pada kira-kira pukul 7 malam Rabu lalu selepas lima jam dimasukkan ke wad bersalin pusat perubatan berkenaan.

Heykal dan Faezah bernikah pada 9 September 2011 di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang.

Menerusi perkahwinan lalu, pengarah telefilem berjudul Menantu Mak Utih ini memiliki tiga anak iaitu Luqman Hakim ,13, Sarah Heyrissa, 11, dan Luq Adam Heydhani yang berusia empat tahun.

Ditanya mengenai pengalaman bergelar bapa pada perkahwinan kali ini, Heykal berkata, dia sentiasa teruja untuk menimang bayi biarpun sudah memiliki tiga anak sebelum ini.

“Setiap kali dapat bayi memang seronok. Tiada beza pun antara anak perkahwinan dulu atau yang baharu kerana semuanya saya sayang sama rata.

“Kebetulan saya jenis yang rapat dan suka bawa anak bersama-sama ke mana-mana saya pergi,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran drama berjudul Menggenggam Janji untuk TV9.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan