Jin & Ryan Hadapi Tekanan Kekalkan Populariti Hitz FM

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jin bersama pasangan penyampai Ryan mula digandingkan pada segmen pagi Hitz.fm sejak awal tahun ini. - Foto oleh RAYMOND OOI
Jin bersama pasangan penyampai Ryan mula digandingkan pada segmen pagi Hitz.fm sejak awal tahun ini. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Gandingan terbaharu slot pagi Hitz FM iaitu Jin dan Ryan merasakan berhadapan dengan tekanan yang perlu mereka tempuhi sejak mengendalikan segmen penting radio bahasa Inggeris itu pada awal Januari lalu.

Jin atau nama sebenarnya Jin Lim, 29, berkata, impak yang ditinggalkan beberapa bekas penyampai slot itu dalam mengekalkan ia sebagai stesen bahasa Inggeris nombor satu selama 13 tahun adalah tanggungjawab yang perlu diteruskan.

“Kita sendiri tahu kualiti kerja bekas penyampai seperti Fly Guy, Lil’ Kev, Rudy, JJ dan Ean sebelum ini meninggalkan impak yang besar.

“Sebagai orang baharu mengendalikan segmen ini, kami akui ia bukan mudah dan tanggungjawabnya berat tetapi itulah cabaran yang kami galas,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini, pada Rabu.

Segmen Morning Crew with Jin & Ryan bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 hingga 10 pagi.

Pasangannya, Ryan Matjeraie, 28, pula berkata, sebagai muka baharu dalam dunia penyiaran radio, dia berterima kasih atas bimbingan yang diberikan Jin sepanjang tiga tahun bekerjasama.

“Saya masih baharu dalam penyampaian radio dan Jin banyak membantu sejak awal lagi.

“Bagaimanapun, sebelum diberikan peluang untuk slot pagi, kami sudah ada keserasian mengendalikan slot malam selama dua tahun,” katanya yang tidak pernah menyangka bergelar penyampai radio.

Mengenai konsep yang dipertaruhkan pada segmen itu, Jin berkata, mereka menekankan kandungan yang segar dan lebih remaja bersesuaian dengan selera pendengar semasa.

“Kami tampilkan kandungan dan gaya persembahan yang lebih muda dan “urban” seiring dengan selera pendengar.

“Apa yang penting adalah menjadi diri sendiri dan mengekalkan konsep Hitz FM yang bersahabat dengan pendengar ketika bersiaran,” katanya yang mengakui gandingan mereka semakin diterima umum.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan