Isteri Sedih Tiada Di sisi Ketika Kematian Yahya Sulong

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar terakhir dirakamkan mStar Online pada 11 Disember lalu ketika menziarahi Yahya dan isterinya di rumah mereka di Flat Sri perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Gambar terakhir dirakamkan mStar Online pada 11 Disember lalu ketika menziarahi Yahya dan isterinya di rumah mereka di Flat Sri perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR:Isteri kepada pelawak Datuk Yahya Sulong iaitu Datin Alisah Ali kesal kerana tidak berada di sisi suaminya ketika pelakon veteran itu menghembus nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam Rabu.

Alisah, 64, berkata, sejak suaminya dimasukkan ke HKL pada 11 Januari lalu, dia tidak berkesempatan untuk melawat Allahyarham disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Selama dia berada di HKL, saya tak sempat nak melawat dia kerana saya juga sakit dan terlalu uzur. Apabila diberitahu dia meninggal dunia, saya benar-benar terkejut,” kata Alisah yang ditemui mStar Online di hospital itu di sini pada Rabu malam.

Yahya, 85, meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 petang akibat mengidap komplikasi pelbagai penyakit termasuklah asma sejak sekian lama.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dekat sini.

Alisah berkata, kanser paru-paru pada tahap empat yang dihidapinya menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama Allahyarham kerana terpaksa mendapatkan rawatan hospital.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana tempat selain mempunyai sumber pendapatan yang terhad iaitu bergantung pada bantuan daripada pihak Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.

Apa yang membimbangkan katanya, selepas kematian Allahyarham, dia seolah-olah tiada tempat bergantung dan memikirkan siapakah yang akan menjaganya jika dia ditimpa masalah.

“Saya mengaku begitu sedih kerana tidak berada di sisinya. Banyak kenangan manis kami bersama sejak berkahwin pada tahun 1978. Selepas ini kalau saya sakit, siapalah yang hendak jaga saya?” katanya sedih. Hasil perkahwinan Yahya dan Alisah, mereka tidak dikurniakan anak sebaliknya Yahya mempunyai 11 orang anak dan enam orang cucu hasil tiga perkahwinan terdahulu.

Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Yahya.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem dan drama antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya juga pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah Allahyarham di HKL ialah Harun Hashim, Hazimah Haroon (Kak Jem), Abu Bakar Omar, Ani Maiyuni, Datuk Seri Shah Rezza dan Danny (X-Factor).

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan berdekatan kubur salah seorang isterinya di Teluk Intan, Perak pada Rabu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan