Justin Timberlake Nafi Hina Britney Spears

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin nafi sengaja menghina Britney.
Justin nafi sengaja menghina Britney.

PENYANYI dan pelakon Justin Timberlake menafikan laporan yang mengatakan dia telah menghina bekas kekasihnya, Britney Spears semasa acara Super Bowl pada Isnin lalu.

Justin, 32, dikatakan berbuat demikian ketika menyampaikan lagu Cry Me A River pada majlis berkenaan yang dikatakan dituju khas untuk Britney.

"Kadang kala dalam hidup ini kita fikir telah menjumpai orang yang sesuai dengan kita tetapi rupa-rupanya dia adalah wanita murahan," katanya selepas mempersembahkan lagu tersebut.

Kedua-dua selebriti terkenal itu menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum berpisah pada tahun 2002.

Timberlake yang kini suami kepada pelakon Jessica Biel telah memuat naik status di laman Twitter miliknya dengan memberitahu kata-katanya itu bukan ditujukan kepada sesiapa.

"Saya tidak berniat menujukan kata-kata itu secara peribadi kepada sesiapa. Bertenang," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan