'Dedah Kehidupan Di Twitter Mengarut' - Sylvester Stallone - Berita Hiburan | mStar

'Dedah Kehidupan Di Twitter Mengarut' - Sylvester Stallone

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sylvester Stallone
Sylvester Stallone

AKTOR veteran, Sylvester Stallone menutup akaun Twitter miliknya kerana menganggap tindakan berkongsi kehidupannya kepada khalayak adalah sesuatu yang sia-sia.

Pelakon filem Bullet to the Head ini berkata, dia memutuskan untuk menutup akaun tersebut kerana enggan mendedahkan terlalu banyak kisah peribadi kepada peminat.

“Saya pernah aktif dengan Twitter tetapi ia adalah tindakan yang sia-sia dan tidak berguna.

“Anda tidak begitu memberikan impak dan apabila anda terasa mahu mencetuskan kontroversi dengan mengemas kini sesuatu mesej, anda sedar ia hanya mengundang kritikan daripada orang-orang yang tidak dikenali.

“Ia (Twitter) mungkin medium promosi yang hebat tetapi impaknya tidak sehebat mana, ia adalah mengarut,” katanya.

Pelakon berusia 66 tahun itu berkata, susulan penutupan akaun sosial itu dia mahu mencari cabaran baharu dalam kehidupan.

“Saya selalu mahukan cabaran baharu. Terdapat banyak gunung-ganang di luar sana yang boleh didaki.

“Jika semua gunung sudah saya tawan, saya akan bina yang baharu pula,” katanya. - Contactmusic.com

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan