Angelina Jolie & Brad Pitt Daftar Kelas Bahasa Mandarin

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pitt dan Jolie bersama enam orang anak mereka.
Pitt dan Jolie bersama enam orang anak mereka.

PASANGAN selebriti, Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan telah mendaftarkan diri ke sebuah kelas untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Malah Pitt dan Jolie yang lebih dikenali dengan nama jolokan Brangelina turut membawa bersama enam anak-anak mereka iaitu Maddox, 11, Pax, 9, Zahara, 7, Shiloh, 6, dan anak kembar mereka, Knox dan Vivienne, 4, dalam kelas sama.

Bapa Jolie, John Voight turut dilaporkan menyertai keluarga besar itu supaya dapat membantu anak-anak pasangan berkenaan mengulang kaji pelajaran ketika di rumah.

"Pitt dan Jolie mahu anak-anak mereka tidak hanya tertumpu kepada satu bahasa sahaja dan memilih bahasa Mandarin kerana ia digunakan secara meluas di seluruh dunia," kata sumber pasangan itu.

Gosip turut tersebar yang mengatakan pasangan itu mahu mengambil seorang anak angkat daripada negara China.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan