Tiada Tempat Untuk Filem Sentuh Sensitiviti Agama - Maglin

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'cruz (kanan) menyampaikkan cederamata kepada artis dari India Padmabhusan Dr K. J. Yesudas (kiri) selepas merasmikan Bengkel Muzik Klasik India di Kuala Lumpur baru-baru ini.-Foto BERNAMA
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'cruz (kanan) menyampaikkan cederamata kepada artis dari India Padmabhusan Dr K. J. Yesudas (kiri) selepas merasmikan Bengkel Muzik Klasik India di Kuala Lumpur baru-baru ini.-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Filem atau drama yang dilihat menyentuh sensitiviti agama tidak harus disiarkan di Malaysia, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau berkata berbeza dengan negara lain, Malaysia adalah unik kerana mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama yang mempertahan amalan budaya dan agama masing-masing.

"Apabila berbicara tentang hal keagamaan, kita kena berhati-hati kerana apabila satu pihak tersinggung, ia boleh menjejas keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang terjalin sejak zaman (mencapai) kemerdekaan lagi.

"Sama juga dengan filem dan drama yang berperanan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ia tidak seharusnya memburuk-burukkan orang lain...terutama dalam soal keagamaan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan amal kebudayaan di sini pada Ahad.

Beliau mengulas isu filem Tamil 'Vishwaroopam' arahan dan lakonan Kamal Hassan yang mula ditayang di seluruh negara bermula 24 Jan lalu, namun dihentikan pada hari kedua selepas mendapat arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Maglin berkata terserah kepada KDN untuk menentukan sama ada tayangan filem itu boleh diteruskan.

Sementara itu, RM5,000 atau 25 peratus daripada hasil jualan tiket Malam Persembahan Kebudayaan Amal Kanak-kanak berkenaan disumbangkan untuk menampung kos rawatan G.Darvin, kanak-kanak berusia enam tahun yang menghidap leukemia.

Ia disampaikan Maglin kepada ibu bapa Darvin dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan.

Bapa berkenaan, V.Ganesan, 32, berkata anaknya disahkan menghidap penyakit itu sejak Ogos tahun lalu.

Jelasnya, kira-kira RM32,000 setahun diperlukan untuk merawat Darvin dan kos itu amat berat untuk ditanggungnya. Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin mengenai keadaan kesihatan anaknya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan