Penelope Cruz Mengandung Anak Kedua

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penelope Cruz
Penelope Cruz

KEBAHAGIAAN Penelope Cruz dan suaminya Javier Bardem lebih lengkap apabila aktres Hollywood kelahiran Sepanyol itu hamil anak kedua.

Menurut laporan E! Online, salah satu sumber memberitahu bahawa kandungan bintang jelita itu sudah pun memasuki usia tiga bulan.

"Pasangan itu begitu gembira apabila mendapat tahu berita gembira itu," kata sumber.

Sebelum ini, Penelope sendiri pernah mengakui ingin memiliki sebuah keluarga yang dipenuhi anak-anaknya.

"Saat pertama kali merasa kehadiran seorang anak, ia membuatkan kita jatuh cinta untuk mahukannya lagi," kata Penelope sebelum ini kepada majalah Vouge.

Menariknya, bukan Penelope sahaja yang hamil, tetapi juga adik perempuannya, Monica.

Aktres berusia 38 tahun dan Javier, 43, telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Leo, 2 tahun.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan