Robbie Williams Berdebar Di Majlis Kahwin Bapa

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robbie Williams bukan sahaja bertindak sebagai pengapit tetapi turut menyanyi pada majlis perkahwinan bapanya kelak.
Robbie Williams bukan sahaja bertindak sebagai pengapit tetapi turut menyanyi pada majlis perkahwinan bapanya kelak.

LONDON: Penyanyi Robbie Williams berdebar untuk mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan bapanya, Pete Conway, tidak lama lagi.

Pete yang bakal berkahwin dengan warga Afrika Selatan, Melanie Mills meminta anaknya itu untuk beraksi pada majlis perkahwinan tersebut.

“Robbie berasa teruja dan berdebar. Dia adalah pengapit saya dan bakal beraksi (menyanyi).

“Malah, kami juga ada berbincang dia akan menari, mungkin ketika majlis berlangsung nanti,” kata sumber kepada thesun.co.uk.

Pasangan itu bertemu pada sebuah majlis amal pusat ‘hospis’ kanak-kanak Donna Louise Trust di Stoke-on-Trent, Stafforshire, West Midlands, di mana Robbie bertindak sebagai penaung manakala Melanie mengetuai dana tersebut.

Pete bercerai dengan ibu penyanyi itu, Janet ketika dia baharu berusia tiga tahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan