Populariti Bukan Isu Besar Buat Shae

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Indonesia, Shae (ganbar) menganggap dakwaan kononnya dia kurang dikenali di negara asal berbanding di negara ini sebagai isu yang tidak perlu dibimbangkan.

Shae atau nama penuhnya Sheryl Gething, 19, berkata, dia mendapat tempat dan masih menerima tawaran di republik itu walaupun tidak sampai setahun menceburi bidang nyanyian.

"Saya percaya sesuatu perkara (kurang diterima) berlaku dengan sebab-sebab tertentu. Benar, nama saya agak kecil dan perlahan di negara saya tetapi saya ada kemajuan sebenarnya.

"Peluang (nyanyian) tetap ada dan peminat mulai menerima saya. Tidak banyak beza sama ada popular di negara mana pun," katanya ketika ditemui mStar Online di sini, petang Khamis.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sayang ini berkata, dia lebih memikirkan mengenai mengembangkan kerjaya berbanding isu remeh seperti populariti.

"Saya ceburi bidang ini kerana cintakan terhadap seni. Apa jua berlaku, sama ada diterima ramai atau sebaliknya saya tetap gembira.

"Yang penting kerja keras untuk mengukuhkan nama dan kerjaya. Saya tidak tengok skala (populariti) tetapi penerimaan peminat terhadap muzik saya," katanya.

Penyanyi berdarah kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) ini berkata, penerimaan yang baik di kalangan masyarakat di negara ini bertitik tolak daripada kerja keras syarikat rakamannya Warner Music Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada pasukan Warner di sini yang bekerja keras mempromosikan saya sehingga makin dikenali di sini.

"Saya mahu terus belajar untuk hasilkan lagu sendiri kerana tidak berpeluang untuk buat lagu sendiri dalam album pertama ini," katanya yang baharu melancarkan album berjudul The First, baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan