Kim Kardashian Tidak Benarkan Anaknya Muncul Dalam Program Realiti

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kim Kardashian.
Kim Kardashian.

BINTANG realiti, Kim Kardashian yang bakal menimang cahaya mata pertama bersama kekasih, penyanyi rap, Kanye West tidak akan membenarkan anaknya itu nanti terlibat dalam program realitinya, Keeping Up with the Kardashian.

"Anak saya tidak akan terlibat dalam program itu sehingga dia boleh membuat keputusan sendiri," jelasnya ketika muncul dalam program bual bicara, Jimmy Kimmel.

Kim, 32, memberitahu keputusannya untuk tidak melibatkan anaknya dalam program berkenaan agak sukar selepas Kimmel memberitahu anak itu nanti akan berasa terasing berbanding ahli keluarga lain yang terlibat sama.

"Ia keputusan yang sukar kerana saya dan Kanye cuba untuk tidak terlalu terbuka tentang kehidupan peribadi kami selepas ini," jelasnya.

Walaupun tidak akan memaparkan anaknya, Kim berkata, dia sangat gembira apabila dua anak kakaknya, iaitu Mason dan Penelope masing-masing berusia tiga tahun dan enam bulan terlibat dalam program itu.

"Mereka adalah penyeri program tersebut dan kehadiran mereka sering mencuit hati kami semua," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan