Legenda Badminton, Eddy Choong Pembakar Semangat David Arumugam - Berita Hiburan | mStar

Legenda Badminton, Eddy Choong Pembakar Semangat David Arumugam

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David (kiri) bersama isterinya Sabrina memberi pernghormatan terhadap mayat mendiang Eddy Choong di Bell Road, George Town pada Selasa.
David (kiri) bersama isterinya Sabrina memberi pernghormatan terhadap mayat mendiang Eddy Choong di Bell Road, George Town pada Selasa.

GEORGE TOWN: Vokalis kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam menganggap legenda badminton negara iaitu Datuk Eddy Choong yang meninggal dunia pada Isnin lalu adalah individu yang banyak memberi motivasi kepadanya dan rakan-rakan.

Kata David, 63, sewaktu kecil dia sering menghabiskan masa berjam-jam untuk melihat bagaimana Choong berlatih di gelanggang badminton berdekatan rumahnya di Argyll Road dekat sini pada waktu malam.

“Pada zaman itu, mana ada apa-apa teknologi untuk hiburan. Jadi saya banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan dengan menonton Datuk Choong membuat latihan badminton. Itu sajalah cara saya dan kawan-kawan berhibur,” katanya mengimbas kenangan sewaktu bersekolah rendah.

Terdahulu David dan isterinya Datin Sabrina Clyde, 57, ditemui ketika memberi penghormatan terakhir di rumah keluarga mendiang di Bell Road di sini pada Selasa.

Choong meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini Isnin lalu akibat pendarahan usus. Mayatnya akan dibakar di pusat pembakaran mayat Batu Gantung di sini pada Jumaat ini.

Kata David lagi, antara sikap terpuji Choong ialah caranya yang merendah diri walaupun telah berjaya mewakili negara pada peringkat antarabangsa seperti All England.

Sementara itu semasa David menceburkan diri dalam dunia muzik pula, legenda badminton itu tidak ketinggalan untuk menonton persembahan Alleycats walaupun terlalu sibuk.

“Dia seorang yang sangat sibuk tetapi begitu menggemari muzik. Sebab itulah sesibuk mana pun, beliau akan datang menonton persembahan Alleycats,” ujarnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan