Katie Price Mula Bosan Selepas Nikah Penari Bogel - Berita Hiburan | mStar

Katie Price Mula Bosan Selepas Nikah Penari Bogel

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie dan Kieran Hayler mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lalu di Pulau Caribbean.
Katie dan Kieran Hayler mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lalu di Pulau Caribbean.

SELEPAS 11 hari mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan lelaki penari bogel Kieran Hayler, dikhabarkan Katie Price sudah bosan dengan perkahwinannya itu.

Model dan juga ahli perniagaan itu mempertahankan dirinya dengan berkata, dia mempunyai sedikit masalah dalam memilih lelaki terbaik sebagai suaminya dan perkahwinan buat kali ketiga itu bukanlah satu isu yang besar.

"Seperti biasa, pada awalnya saya selesa dengan hubungan yang dijalinkan dan selepas itu, susah untuk menggambarkan perasaan itu.

"Ini baru perkahwinan saya yang ketiga, tak perlu diperbesarkan isu ini. Joan Collins pernah berkahwin sebanyak lima kali, Liz Taylor pula lapan kali manakala Zsa Zsa Gabor sehingga sembilan perkahwinan" katanya kepada portal DigitalSpy.

Katie dan Kieran mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lalu di kepulauan Caribbean.

Sebelum ini, Katie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Peter Andre pada tahun 2005 hingga 2009 dan Alex Reid (2010) selama setahun.

Dia juga pernah bertunang dengan Leandro Penna pada Oktober tahun lalu.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan