Sundance Channel Bakal Siar Siri 'Downton Abbey'

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Downtown Abbey bakal bersiaran di Sundance channel pada 30 Januari ini.
Downtown Abbey bakal bersiaran di Sundance channel pada 30 Januari ini.

PETALING JAYA: Saluran Sundance Channel mengumumkan ia akan menyiarkan siri drama berkostum Downton Abbey pada 31 Januari pukul 10 malam di Sundance Channel HD, saluran 438 di Astro.

Downton Abbey ditulis dan dicipta oleh pemenang Oscar, Julian Fellowes itu telahpun memenangi banyak anugerah dan musim pertama drama berdurasi selama sejam ini merangkumi tujuh episod.

Siri pemenang anugerah Golden Globe dan Emmy ini menampilkan Maggie Smith (A Room With a View) sebagai Violet, Dowager Countess of Grantham, Hugh Bonneville (Iris) sebagai Robert, Earl of Grantham dan Elizabeth McGovern (Once Upon a Time in America) sebagai isteri Robert; Cora, Countess of Grantham.

Downton Abbey mengisahkan kehidupan keluarga bangsawan Crawley di rumah desa era Edwardian mereka di Grantham sekitar tahun 1912, serta orang-orang gaji yang bekerja untuk mereka.

"England pada tahun 1912 adalah sebuah negara yang goyah. Ia kelihatan seakan-akan tenang dan masih berpegang teguh kepada tradisi berkurun lamanya.

"Pada masa inilah kita memasuki dunia Downton Abbey, sebuah rumah hebat dimiliki keluarga yang hebat iaitu keluarga Grantham yang dilayan oleh butler mereka Carson, serta Mrs Hughes, si penjaga rumah.

"Mereka semua harus menghadapi perubahan yang akan datang dengan cara mereka tersendiri," ujar Fellowes.

Downton adalah kediaman warisan keluarga bangsawan Crawley yang telah menjadi Earl of Grantham sejak 1772.

Tetapi, sebalik itu adalah juga penghuni lain, iaitu orang-orang gaji, yang juga berpegang kuat kepada pangkat dan status mereka.

Fellowes yang memenangi Anugerah Academy untuk ‘Original Screenplay’ Gosford Park yang diterbitkan Robert Altman berkata sewaktu mengulas pembikinan siri ini, "Saya belum pernah menulis siri televisyen sebelum ini dan saya dapati terdapat banyak kebebasan untuk saya membina watak-wataknya.

"Gaya hidup bangsawan di rumah agam seperti ini sentiasa menarik perhatian saya, sejak sebelum saya menulis Gosford Park lagi.

"Ada sesuatu yang menarik tentang dua kumpulan orang yang hidup bersama sebegitu erat tetapi masing-masing mempunyai jangkaan yang berbeza," ujarnya.

Drama ini turut menampilkan Penelope Wilton (Match Point), Dan Stevens (Hilde), Michelle Dockery (Restless), Jim Carter (Shakespeare in Love), Phyllis Logan (Secrets & Lies), Lesley Nicol (East is East), Siobhan Finneran (Boy A), Rob James-Collier (Coronation Street), Joanne Froggatt (Coronation Street), serta pelakon-pelakon baru yang sedang menempa nama seperti Rose Leslie, Sophie McShera, Laura Carmichael, Jessica Brown Findlay dan Thomas Howes.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan