Irwansyah Dan Isteri Antara Empat Artis Ditangkap Sedang Pesta Dadah

Diterbitkan: Ahad, 27 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Irwansyah dan isteri Zaskia Sungkar.
Irwansyah dan isteri Zaskia Sungkar.

JAKARTA: Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan