J.J. Abrams Bakal Arahkan Star Wars : Episode VII

Diterbitkan: Jumaat, 25 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

J.J. Abrams disebut-sebut sebagai pengarah yang bakal menerajui filem Star Wars: Episode VII.
J.J. Abrams disebut-sebut sebagai pengarah yang bakal menerajui filem Star Wars: Episode VII.

PENGARAH J.J. Abrams dilaporkan bakal menerajui kerusi pengarah bagi karya terkenal Star Wars: Episode VII yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2015.

Pemenang Anugerah Emmy menerusi drama bersiri Lost itu bagaimanapun masih belum mengesahkan berita berkenaan yang telah menjadi perbualah di media Amerika syarikat.

Usaha Associated Press (AP) untuk mendapat komennya berhubung perkara itu juga gagal apabila pihak penerbit iaitu Disney dan LucasFilm tidak memberikan sebarang respon.

Topik mengenai kerusi pengarah filem itu hangat diperkatakan media di Hollywood dan berita pemilihan Abrams dilihat sebagai paling tepat.

"Dengan kejayaan Abrams menerusi Star Trek dan drama bersiri Lost beliau adalah calon paling sesuai untuk menerajui kerusi pengarah filem Star Wars : Episode VII," ujar sumber terdekat pengarah itu.

Abrams juga bakal muncul dengan sebuah filem Star Trek: Into Darkness pada 17 Mei depan.

Beliau sebelum ini terkenal dengan hasil kerjanya menerusi filem seperti Mission: Impossible III, Mission: Impossible – Ghost Protocol dan Armageddon.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan