Shakira Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shakira
Shakira

PENYANYI Shakira selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa (waktu tempatan) hasil hubungannya dengan bintang bola sepak Gerard Pique.

"Kami sangat gembira untuk mengumumkan kelahiran anak lelaki kami yang dinamakan Milan Pique Mebarak.

"Dia selamat dilahirkan pada pukul 9.36 malam di Barcelona, Sepanyol pada 22 Januari," kata pasangan itu dalam satu kenyataan.

Keadaan Shakira dan bayi seberat 6.6 paun itu berada dalam keadaan sihat.

Menurut kenyataan itu, Milan bermaksud penyayang dan pemurah dalam bahasa Slavic dan penyatuan dalam bahasa Sanskrit.

Pasangan itu turut mencatatkan dalam kenyataan mereka bahawa bayi tersebut adalah ahli kelab bola sepak Barcelona sejurus kelahirannya memandangkan Gerard bermain untuk kelab berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan