Teater Muzikal 'Chow Kit Road' Angkat Karya Sudirman

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teong Hin teruja dapat mementaskan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 26 Mei depan.
Teong Hin teruja dapat mementaskan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 26 Mei depan.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Saw Teong Hin berkata penantiannya untuk mementaskan sebuah teater muzikal bagi mengangkat lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad akhirnya tercapai apabila Chow Kit Road! Chow Kit Road! bakal dipentaskan pada 10 hingga 26 Mei depan.

Saw, 41, berkata, hasrat itu sudah lama dipendam untuk mengenang dan menghargai jasa Allahyarham di sebuah pentas teater yang berprestij di Istana Budaya di sini.

"Ia seperti satu mimpi yang menjadi kenyataan apabila dapat mementaskan teater muzikal ini di Istana Budaya dan hasrat itu akhirnya tercapai.

"Walaupun teater muzikal ini hanya menggunakan lagu-lagu Allahyarham tetapi ia tetap dapat memberi impak yang besar kerana Allahyarham adalah seorang ikon yang telah berjaya menyatukan semua bangsa di negara ini menerusi karyanya," jelasnya.

Saw ditemui selepas pelancaran teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! dekat sini pada Selasa.

Teater muzikal itu bakal dibarisi pelakon seperti Anding, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino.

Dalam pada itu, Teong Hin berkata, sebagai anak Malaysia dia rasa bertanggungjawab untuk mengangkat 'hero' kebanggaan negara itu untuk terus diingati oleh peminat terutama sekali di kalangan generasi muda.

"Kami mengambil keputusan untuk mementaskan teater muzikal ini adalah kerana rasa kagum dengan Allahyarham yang cukup terkenal dengan lagu-lagunya yang boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

"Namanya sangat besar dan gah namun sayang sekali masih ramai yang tidak mengenalinya dan hasil kerjanya yang cukup mengagumkan," ujarnya.

Bercakap mengenai persembahan itu nanti, Teong Hin berkata, mereka memilih Jalan Chow Kit sebagai plot utama penceritaan kerana kawasan tersebut signifikan dengan penduduk di negara ini selain Allahyarham pernah membuat persembahan di situ pada tahun 1986.

Ujarnya, pementasan itu nanti turut mengangkat sisi gelap kawasan tersebut dengan memasukkan pelbagai elemen positif dalam penceritaan.

"Jalan ceritanya akan berkisarkan mengenai seorang lelaki iaitu Ilham lakonan Anding yang membesar di kawasan itu sehinggalah dia berkenalan dengan sekumpulan golongan berada yang membuat kerja amal di tempat tersebut.

"Daripada situ pelbagai kisah menarik yang terjadi sehingga Ilham jatuh cinta dengan seorang gadis lakonan Nadia Aqilah," jelasnya.

Sementara itu, pihaknya telah memilih 20 buah lagu Sudirman seperti Pesta Dunia, Basikal Tua, Milik siapakah Gadis Ini, Pelangi Petang dan Salam Terakhir untuk digunakan pada persembahan itu nanti.

Pemilihan itu dibuat berdasarkan jalan cerita teater muzikal berkenaan selain bersempena ulang tahun pemergian Allahyarham 20 tahun lalu.

"Selain seleksi lagu-lagu popularnya, kami juga akan memilih beberapa lagu yang jarang-jarang didengar oleh peminat di radio dan digunakan dalam pementasan itu nanti," katanya.

Tiket persembahan akan dijual pada harga RM170, RM100 dan RM50 bermula penghujung Januari ini. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.masakinitheatre.com.my.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan