Taylor Swift Mahu Bersendiri Selepas Putus Cinta

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taylor Swift (kanan) bersama kekasihnya Harry Styles sebelum hubungan mereka berakhir, baru-baru ini.
Taylor Swift (kanan) bersama kekasihnya Harry Styles sebelum hubungan mereka berakhir, baru-baru ini.

PENYANYI Taylor Swift enggan menjalinkan hubungan buat seketika selepas putus cinta dengan penyanyi kumpulan One Direction, Harry Styles, baru-baru ini.

Swift atau nama sebenarnya Taylor Alison Swift, 24, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana mahu bersendiri dan belajar untuk berdikari.

Penyanyi lagu We Are Never Ever Getting Back Together itu turut menjelaskan kepada majalah Vibe yang dia mahu berdikari sejak kecil lagi namun tidak mampu mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki yang disukainya.

“Saya suka kepada hubungan percintaan tetapi ia tidak pernah bertahan. Selepas berfikir secara mendalam, saya sedar sebahagian daripada diri ini mahu bersendiri.

“Individu berbintang Sagitarius adalah seorang yang berdikari dan mahu ruang sendiri. Individu ini mudah tertarik pada hubungan cinta tetapi pada masa yang sama mahu bebas,” katanya.

Hubungan Swift dan Styles, 18, dilaporkan berakhir baru-baru ini kerana dia tidak boleh mempercayai lelaki itu.

Sumber berkata, konflik dihadapi Swift itu menjadi penyumbang kepada perbalahan mereka.

“Dia (Swift) tidak boleh menerima segala perhatian yang diterima Styles daripada para peminat selain sikap mata keranjang lelaki itu.

“Swift sedar jika mereka terpaksa berjauhan untuk tempoh yang lama, mustahil baginya mempercayai kejujuran lelaki itu,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan