Adi Putra Sanggup Ubah Fizikal Demi Filem

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi Putra
Adi Putra

KUALA LUMPUR: Aktor Singapura, Adi Putra mengakui sanggup melakukan perubahan pada fizikalnya demi menjayakan watak dalam filem yang diterimanya.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, prinsip itu menjadi pegangannya kerana impak sesebuah filem berbanding drama televisyen (TV) adalah besar dan berkekalan sebagai arkib seni.

"Filem akan ditonton oleh kelompok penonton yang lebih luas. Malah, proses penghasilannya lebih terperinci dan impak visualnya lebih besar.

"Jadi saya sanggup ubah fizikal atau apa sahaja untuk memenuhi keperluan watak yang diberikan," katanya.

Adi berkata, persiapan yang terperinci itu adalah wajar dan bersesuaian berbanding komitmen untuk sesebuah drama TV.

"Kalau untuk drama TV proses pembikinannya lebih ringkas dan mengejar masa.

"Tidak sempat pun buat persiapan sangat termasuklah perubahan fizikal yang ketara.

"Paling boleh pun saya akan cuba terapkan kelainan menerusi teknik lontaran suara atau gestur tubuh sahaja," katanya.

Mengenai lakonan, Adi berkata, dia masih terikat dalam penggambaran drama bersiri Sehangat Asmara sehingga esok.

"Selain drama Sehangat Asmara yang akan ditayangkan bermula esok, saya juga akan muncul dalam beberapa filem pada tahun ini termasuklah Balistik, Langgar, KL Gangster 2 dan Hanyut," katanya.

Drama bersiri 33 episod itu bakal ditayangkan bermula esok, pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan