Syafie Naswip Rasa Rimas Bergelar Artis

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafie mengakui rimas dengan kehidupan selebriti yang dianggap tidak bebas. Foto ROHAIZAT DARUS.
Syafie mengakui rimas dengan kehidupan selebriti yang dianggap tidak bebas. Foto ROHAIZAT DARUS.

PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip mengakui rimas dengan kehidupannya sebagai seorang selebriti yang disifatkannya sebagai tidak bebas.

Syafie, 20, berkata, perasaan itu timbul disebabkan personalitinya yang ringkas dan sederhana dalam menjalani kehidupan seharian.

"Saya rimas dengan kehidupan selebriti kerana sifat saya sendiri yang ringkas selain tidak begitu menggemari perhatian orang terhadap saya. Dalam masa yang sama saya juga tidak bebas untuk menjalani rutin harian macam orang biasa lain.

"Saya lebih selesa jika tidak terlalu popular dan dapat menjalani kehidupan normal tanpa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Syafie tidak menafikan populariti itu tetap penting bagi menaikkan nama seseorang selebriti dan dia selesa dengan popularitinya sekarang.

"Saya tidak malu untuk katakan populariti yang saya peroleh hari ini pada peringkat sederhana sahaja dan saya selesa dengan keadaan itu. Ia memudahkan kerja seharian saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Syafie mengakui kedudukannya sebagai seorang pelakon agak goyah selepas pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad yang juga mentornya.

Sebelum ini dia terlalu bergantung kepada kebolehan Allahyarham untuk membentuknya menjadi pelakon berjaya.

"Kini apa yang tinggal hanyalah pesanan dan ilmu yang diberikan kepada saya. Saya kini lebih yakin untuk berdikari tanpa terlalu mengharap kepada orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Syafie memberitahu, dia bersyukur kerana kerjaya lakonannya semakin berkembang selain mendapat kepercayaan pengarah-pengarah untuk mengambilnya berlakon dalam filem atau drama terbitan mereka.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan