Johan Bakal Muncul Dalam MLM2012 Malam Ini

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johan (kanan) dikhabarkan bakal muncul di pentas akhir Maharaja Lawak Mega bersama Zizan pada malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor.
Johan (kanan) dikhabarkan bakal muncul di pentas akhir Maharaja Lawak Mega bersama Zizan pada malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor.

PETALING JAYA: Aksi komedi solo Zizan daripada kumpulan Jozan yang tidak konsisten pada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 sejak dua minggu lalu bakal terubat apabila pasangannya Johan dijangka membuat kemunculan mengejut pada pentas akhir, malam Jumaat (malam ini).

Pengurus Zizan Razak, Marina Juki berkata, pihaknya berharap Johan akan muncul pada malam Jumaat seperti yang diluahkannya ketika dihubungi pihaknya pada Khamis.

“Ketika Zizan menghubungi Johan semalam (Khamis), dia memang teringin untuk beraksi pada malam ini. Kami masih belum dapat sahkan sama ada Johan benar-benar akan muncul atau tidak.

“Kalau diikutkan doktor tidak benarkan dia berjalan jauh kerana keadaan kesihatannya tetapi Johan mahu beraksi pada pentas akhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Prestasi komedi Zizan didakwa merosot sejak ketiadaan Johan dua minggu lalu kerana kecederaan ligamen sehingga memaksa dia menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 26 Disember lalu.

Pentas akhir MLM 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor dan bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam Jumaat di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Marina berkata, sebagai persediaan, Zizan sudah menyediakan dua set komedi iaitu untuk aksi solo dan berkumpulan jika Johan muncul secara mengejut pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini, Zizan memang susah hati dan bimbang untuk beraksi sebab tiada Johan.

“Mereka berbual dalam telefon dan Johan ada memberikan idea dan kata-kata semangat.

“Zizan sudah siapkan pilihan komedi A dan B untuk aksi solo dan berkumpulan,” katanya.

Tambahnya, kemunculan Johan pada saat-saat akhir adalah tidak mustahil dan tidak menjejaskan persiapan kerana keserasian mereka mampu menghasilkan komedi spontan.

“Kalau betul Johan akan muncul seperti yang dikatakan, ia tidak mustahil kerana mereka boleh hasilkan komedi secara spontan.

“Sama ada benar atau tidak Johan akan muncul, ia belum dapat disahkan lagi kerana saya masih menunggu jawapan daripada pihak Johan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya masih tidak dapat mengesahkan sejauh mana kesahihan kononnya Johan bakal muncul bersama Zizan pada pertandingan akhir, malam ini.

“Kami tidak pasti sama ada dia (Johan) akan beraksi malam ini atau tidak. Ia mungkin juga strategi mereka, kita tidak tahu.

"Apa-apa pun, kami tidak mahu bertanyakan kepada Johan kerana mahukan kejutan pada malam nanti,” katanya.

Sementara itu sumber memberi tahu Johan sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak hospital bagi membenarkan beliau menyertai pentas akhir MLM2012 malam Jumaat.

Sumber itu menambah, Johan sudah bersiap sedia untuk membuat kejutan pada persembahan akhir itu.

Jozan merupakan naib juara Maharaja Lawak (ML) pada 2011.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan