Tonton 10 Filem Bebas Sempena 'Pesta Filem Sundance 2013'

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara filem yang akan disiarkan sempena Pesta Filem Sundance 2013.
Antara filem yang akan disiarkan sempena Pesta Filem Sundance 2013.

PETALING JAYA: Sempena meraikan Pesta Filem Sundance 2013 yang akan berlangsung di Park City, Utah, Amerika Syarikat, bermula Jumaat ini hingga 27 Januari depan, saluran Sundance Channel bakal menyajikan filem-filem menarik yang bakal dipertontonkan dalam festival itu.

Sundance Channel dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu berkata, sepuluh buah filem dipilih secara eksklusif dan buat pertama kalinya dapat diikuti menerusi Astro B.yond (saluran 438) selama sepuluh hari berturut-turut.

“Karya-karya yang akan dipertontonkan itu adalah hasil kerja pengarah filem Amerika Syarikat dan antarabangsa yang menyertai festival bagi mengangkat karyawan filem bebas ini,” katanya.

Filem-filem berkenaan akan disiarkan pukul 10 malam bermula Jumaat (esok).

Berikut ini karya-karya terpilih yang dapat ditonton dalam festival yang dikenali sebagai 10 Days of Sundance.

18 Januari 2013 (Jumaat) - Here

Filem Here merakamkan satu perjalanan yang dipenuhi pemandangan indah di mana bermulanya hubungan yang ringkas tetapi romantis di antara seorang jurutera pemetaan satelit Amerika dan seorang jurugambar Armenia ekspatriat, yang membuat keputusan untuk mengembara bersama ke satu kawasan yang belum dipetakan. - Pelakon: Ben Foster dan Lubna Azabal

19 Januari 2013 (Sabtu) - Children of Invention

Dua orang kanak-kanak muda yang tinggal di luar Boston dibiarkan untuk menyara diri mereka sendiri apabila ibu mereka didapati terbabit dalam skim jualan langsung piramid sebelum menghilangkan diri. Filem ini menampilkan teknik lakonan yang luar biasa oleh dua orang pelakon kanak-kanak. - Pelakon: Cindy Cheung, Michael Chen dan Crystal Chiu.

20 Januari 2013 (Ahad) - Teddy Bear

Selepas gagal mencari cinta sejati di Denmark, seorang ahli bina badan yang pemalu memulakan perjalanan ke Thailand untuk mencari seorang pengantin perempuan dan melarikan diri daripada ibunya yang sering memaksanya berkahwin. - Pelakon: Kim Kold, David Winters dan Elsebeth Steentoft.

21 Januari 2013 (Isnin) - I Am Not A Hipster

Seorang penyanyi dan komposer muda melalui kehidupan berbeza dengan sikapnya tidak mempedulikan orang lain. Semua lagu dan muzik yang dimainkan dalam filem ini menggambarkan keadaan sebenar dalam dunia muzik “independen”. - Pelakon: Dominic Bogart, Alvaro Orlando dan Tammy Minoff

22 Januari 2013 (Selasa) - Bronson

Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun telah menghabiskan masa selama 30 tahun di dalam kurungan. - Pelakon: Tom Hardy, Luing Andrews dan Kelly Adams

23 Januari 2013 (Rabu) - California Solo

Seorang bekas penyanyi pop Inggeris yang kini bekerja di ladang telah ditangkap kerana memandu ketika mabuk serta dibuang negeri selepas tinggal di Los Angeles untuk jangka masa lama. Usahanya untuk terus tinggal di Amerika Syarikat memaksa dia menghadapi banyak cabaran. – Pelakon: Robert Carlyle, Alexia Rasmussen dan Kathleen Wilhoite.

24 Januari 2013 (Khamis) - Prairie Love

Cerita indah dan aneh ini berasal dari Dakota Utara yang mengisahkan tentang tiga orang individu yang berusaha mencari haluan cinta dan berusaha untuk memahami diri sendiri melalui cara masing-masing. - Pelakon: Jeremy Clark, Holly Lynn Ellis dan Blomberg Garth

25 Januari 2013 (Jumaat) - Barking Water

Menerusi filem yang sentimental dan pilu ini, seorang lelaki meminta bekas kekasihnya membantu dia keluar dari hospital dan pulang ke rumah untuk melawat anak perempuan dan cucunya yang baru dilahirkan bagi menebus balik kesilapan lalunya. - Pelakon: Richard Ray Whitman, Casey Camp-Horinek dan Jon Proudstar.

26 Januari 2013 (Sabtu) - Don’t Let Me Drown

Dunia selepas tragedi 9 November (9/11) diselubungi ketakutan dan kebencian. Dalam keadaan itu dua orang remaja berbangsa Latino mendapati bahawa cinta adalah satu-satunya cara yang boleh mengelakkan mereka terus diselami keadaan itu. - Pelakon: EJ Bonilla dan Gleendilys Inoa.

27 Januari 2013 (Ahad) - Safety Not Guaranteed

Seorang lelaki telah memaparkan satu iklan pelik yang menyatakan dia sedang mencari seorang teman untuk mengembara merentasi masa dan ruang. Tiga pekerja Majalah Seattle telah melakukan siasatan untuk mengesan lelaki itu ke lokasi yang sukar dikesan. Namun salah seorang daripada mereka akhirnya berjaya mengesan lelaki berkenaan. - Pelakon: Aubrey Plaza, Jake M. Johnson, Karan Soni dan Mark Duplass

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan