Gelaran 'Baby Shima' Jadi Strategi Tarik Perhatian

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Baby Shima (gambar dari Facebook)
Baby Shima (gambar dari Facebook)

PETALING JAYA: Gelaran Baby Shima yang dijadikan nama komersial merupakan satu strategi untuknya meraih perhatian umum agar dikenali dalam industri muzik tempatan.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli berkata, gelaran itu diberikan sendiri oleh Edry (KRU) mengikut kesesuaian dirinya yang menampilkan imej 'barbie doll' selain muzik 'dance' yang ditonjolkan.

"Nama komersial ini Edry yang beri selepas melihat konsep muzik dan imej yang ditonjolkan.

"Pada mulanya agak kekok juga apabila dipanggil sebegitu, tetapi lama-lama dah serasi pula.

"Lagipun, imej 'barbie' yang saya bawakan ini masih belum ada dalam industri muzik kita," katanya.

Shima ditemui pada pelancaran klip video “single” lagu pertamanya, Tak Sabar di Neway, One Utama, di sini, Rabu.

Penyanyi berusia 19 tahun itu bernaung di bawah KRU Music Sdn Bhd manakala AiCO Empire Group merupakan syarikat pengurusannya.

Tambah Shima yang sudah setahun bergelar penyanyi, dia tidak menyangka kerjaya yang dipilih itu merupakan satu profesion yang sukar dan berat untuk dibawa.

"Agak sukar sebenarnya nak jadi penyanyi. Banyak perkara yang perlu dijaga. Tambahan pula keluarga di kampung Permas Jaya, Johor dah pesan macam-macam agar tidak lalai.

"Risau juga andai kata ada yang tak kena diperkatakan tentang saya.

"Saya nekad tidak sambung pengajian untuk menjadi penyanyi. Diharap keputusan yang dibuat ini betul," ujarnya.

Tak Sabar merupakan lagu berkonsep rancak dan ia sudah pun diputarkan di stesen-stesen radio sejak Disember 2012. Malah klip videonya juga sudah boleh ditonton di stesen televisyen tempatan.

Bagi yang ingin mengenali Shima dengan lebih dekat atau mengikuti perkembangannya, layari laman sosial Facebook.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan