'Ask Lara' Dicalonkan Di International Emmy Kids Awards

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siri Animasi tempatan, Ask Lara mendapat pencalonan animasi di International Emmy Kids Awards, yang akan berlangsung di New York pada 8 Februari depan.

Nominasi ini mengiktiraf serta memilih program animasi yang mempunyai gaya inovatif serta diadili dengan cara terperinci.

"Ask Lara yang menyasarkan kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun itu mengisahkan pengembaraan sekumpulan remaja yang tinggal bersama di negara asing melalui program pertukaran bahasa.

"Siri animasi yang diterbitkan oleh Animasia Studio itu telah disiarkan di beberapa negara Eropah dan Amerika Latin seperti di saluran Canal+ (Perancis), NRK (Norway) dan Pop TV (Slovenia)," kata kenyataan media yang keluarkan kepada mStar Online pada Rabu.

Selain pencalonan dalam International Emmy Kids Awards tahun ini, kredibiliti animasi hasil Animasia Studio turut diiktiraf apabila pihak ini telah menjadi pemenang anugerah iPi Motion Capture August Challenge 2012.

Terbaru, Animasia Studio dikatakan sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan filem 3D Bola Kampung The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam pada 21 Mac depan.

Selain Ask Lara, Animasia Studio yang ditubuhkan sejak tahun 1996, sudah menghasilkan pelbagai produk animasi yang antaranya seperti Bola Kampung, ABC Monster, Chuck Chicken, Balla Bowl, Bola Kampung X, Supa Strikas, Harry Bunny dan Asian Folklores.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan