'Sehangat Asmara' Bakal Ulangi Fenomena 'Adam & Hawa'

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon drama bersiri Sehangat Asmara (dari kiri) Izreen Azminda, Rita Rudaini, Adi Putra, Fureena Ezlin,  Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Barisan pelakon drama bersiri Sehangat Asmara (dari kiri) Izreen Azminda, Rita Rudaini, Adi Putra, Fureena Ezlin, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Penerbit drama adaptasi novel terbaharu Sehangat Asmara iaitu Global Station berharap ia bakal mengulangi fenomena dicetuskan Adam & Hawa.

Penerbit Eksekutifnya, Adila Ramly berkata, pihaknya percaya beberapa persamaan pada kedua-dua drama itu mampu menarik minat penonton yang mengikuti Adam & Hawa sebelum ini.

"Kami berharap Sehangat Asmara dapat menyamai atau memberikan lebih impak daripada Adam & Hawa apabila ditayangkan nanti.

"Beberapa elemen Sehangat Asmara seperti tema percintaan dan barisan pelakon yang mantap mampu menarik perhatian penonton," katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran drama bersiri 33 episod itu di Publika, Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.

Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini membariskan antaranya Rita Rudaini, Adi Putra, Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee.

Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

Adila berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama berkenaan kerana konflik dalam novel nukilan Aisya Sofea itu.

"Saya meminati cerita novel itu. Malah, sejak di bangku sekolah saya sudah membacanya.

"Saya percaya tema hubungan dua darjat, percintaan dan konflik dalam cerita ini dekat dengan penonton," katanya.

Drama ini berkisar mengenai ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.

Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya.

Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan