Anak Pengikat Kebahagiaan Rumah Tangga Adi Putra

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi Putra
Adi Putra

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra mengakui kehadiran Zara Adelia yang dipelihara sejak tiga bulan lalu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir roboh pada tahun lepas.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, kehadiran bayi itu menjadi penyumbang kepada kebahagiaannya dengan isteri Zuhaida Yusof, 38, yang dibina hampir tujuh tahun lalu.

“Saya tidak nafikan, Zara menjadi punca rumah tangga saya dengan isteri semakin bahagia,” katanya mStar Online semasa ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas di sini, petang Selasa.

Tambah aktor kelahiran Singapura ini, perkara yang paling menggembirakan dalam hidupnya apabila dia melihat bayi itu ketawa setiap kali pulang ke rumah.

Ditanya adakah kehadiran anak itu menyuburkan semula perkahwinannya dengan Zuhaida yang dikatakan berantakan sebelum ini, Adi berkata, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

"Tidak boleh kata sejauh mana (kehadiran anak) akan mengekalkan rumah tangga saya. Kami biarkan ia berjalan secara semula jadi. Yang penting, berkat dan doa kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan," katanya.

Pasangan itu bernikah pada 14 April 2006.

Mengenai lakonannya dalam drama bersiri sebanyak 33 episod itu, Adi yang kali ketiga bergandingan dengan Rita Rudaini berkata, dia selesa dengan sikap aktres itu.

"Dia berpengalaman dan profesional. Untuk babak-babak romantis, saya tidak risau kerana dia terbuka dan mudah memberi kerjasama.

"Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri itu," katanya.

Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan antaranya Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee.

Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan