Nurul Syuhada Sudah Mahu Anak

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Syuhada
Nurul Syuhada

PETALING JAYA: Pengacara TV3 Nurul Syuhada sudah merancang untuk memiliki cahaya mata selepas setahun setengah mendirikan rumah tangga.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 29, berkata, dia dan suami Raja Amir Syah Raja Azwa, 31, mula memikirkan perkara itu selepas puas melalui alam perkahwinan.

"Kami sudah puas menghabiskan tahun pertama perkahwinan berdua sahaja. Kini saya sudah bersedia pada bila-bila masa jika ada rezeki (anak)," katanya kepada mStar Online selepas pelancaran program terbaharu yang dikendalikannya berjudul Da'i di sini pada Isnin.

Pasangan itu bernikah pada 16 Julai 2011 di The Binjai On The Park, dekat sini.

Diusik mengenai isu Bintulu yang pernah menjadi isu apabila beliau secara tidak sengaja mengatakan bandar yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012 itu daif kata Nurul, dia tidak gentar dengan kontroversi itu.

Katanya, cerita sebenar kontroversi itu sudah dijelaskan kepada khalayak dan ia hanya diperbesarkan segelintir pihak sahaja. Malah dia juga sudah membuat permohonan maaf.

"Tiada apa yang perlu saya takut atau terganggu dengan kontroversi itu. Ia sudah berlalu. Kontroversi adalah asam garam dunia hiburan dan saya akui ia agak besar ketika itu.

"Insya-Allah pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati," katanya yang ketika ini bertugas secara sembilan bersama TV3.

Mengenai program realiti Islamik yang dikendalikan bersama Mohd Zhafran Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris, Nurul berkata, dia begitu teruja kerana rancangan itu mengetengahkan sisi pengacaraan berbeza daripadanya.

"Peluang ini berbeza daripada tugas mengacara sebelum ini. Dengan imej (berhijab) dan genre program ini, ia akan memperlihatkan sisi berlainan saya.

"Saya teruja untuk pengalaman baharu ini kerana akan mengendalikan program ini dengan cara yang santai dan bersahaja," katanya.

Ia bakal disiarkan sebanyak 13 episod bermula Sabtu ini pada pukul 6 petang di TV3.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan