KLangit Bimbang Kerana Persembahan 'Hancur' Di AIM19

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLangit belajar daripada kesilapan untuk menjadi penyanyi berkumpulan yang berjaya. Foto ROHAIZAT MD DARUS
KLangit belajar daripada kesilapan untuk menjadi penyanyi berkumpulan yang berjaya. Foto ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Kumpulan KLangit menyifatkan kritikan mengenai persembahan mereka yang sumbang pada Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) pada 17 November lalu telah memberikan pengajaran besar terhadap karier mereka.

Vokalisnya, Ary, berkata, perkara tersebut benar-benar merisaukan dimana kedudukan KLangit mungkin akan terjejas lebih-lebih lagi ia merupakan persembahan pada acara berprestij yang pertama dilakukan.

"Kami risau apabila syarikat rakaman yang dinaungi iaitu Sony Music hilang kepercayaan terhadap KLangit.

"Apalagi kerana kami pernah merayu kepada pihak Sony untuk menerima kami sebagai artis rakaman mereka dengan membuktikan yang kami boleh menyanyi secara 'live' sebelum ini.

"Malam itu diakui stamina saya agak kurang sehingga menjejaskan persembahan saya dan perkara itu benar-benar memberi pengajaran buat KLangit untuk membuat persiapan rapi terutamanya apabila melibatkan acara-acara besar," katanya.

Ary bersama barisan anggotanya iaitu Haris (gitar) dan Ewan (bass) ditemui pada majlis pelancaran album berjudul Dewi di Hard Rock Cafe di sini, Isnin.

Bagaimanapun Haris pula melihat kejadian di AIM19 itu daripada sudut positif kerana kumpulan itu mula mendapat perhatian dengan penambahan pengikut yang semakin ramai di Twitter.

"Ingatkan, apabila dikritik teruk, perjalanan karier KLangit mungkin akan terganggu.

"Tak sangka pula di sebalik kritikan itu, ada juga pemberi semangatnya. Malah jumlah pengikut di Twitter semakin ramai," ujar Haris.

Mengenai album Dewi ia memuatkan sebanyak enam buah lagu iaitu Sesal Mendua, Dia Lydia, Saat Cinta (menampilkan Zizi), Dewi, Honey Hani dan Ratu Bohong termasuklah dua lagu berbentuk 'minus one' iaitu Sesal Mendua dan Dia Lydia.

"Untuk album pertama ini, kami diberi penghargaan apabila komposer Panji Sakti menjadi pencipta sepenuhnya buat kesemua lagu kecuali Dewi, di mana ia dihasilkan sendiri oleh KLangit.

"Manakala Zimi (Sofazr) pula sebagai penerbit untuk keseluruhan album. Walaupun tidak ramai yang berani muncul dengan produk album, kami berharap agar ia diterima oleh semua peminat," kata Ewan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan