'Da’i' Mahu Cungkil Pendakwah Serba Boleh

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

12 peserta Da'i yang terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita bakal bersaing selama 13 minggu untuk bergelar pendakwah muda. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR
12 peserta Da'i yang terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita bakal bersaing selama 13 minggu untuk bergelar pendakwah muda. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR

PETALING JAYA: Program realiti terbaharu TV3, Da’i: Pendakwah Milenia diterbitkan bagi membentuk 12 pendakwah muda yang serba boleh dan tidak hanya mempunyai penampilan Islamik pada luaran sahaja.

Personaliti televisyen dan juri program itu, Zainal Ariffin Ismail berkata, matlamat terpenting dalam pencarian itu adalah untuk melahirkan pendakwah muda yang seimbang ilmu agama dan keperibadian.

“Kita tidak mahu pendakwah yang hanya nampak Islamik pada penampilan luaran semata-mata. Apa yang paling penting mereka (peserta) mestilah serba boleh yang ada ilmu dan akhlak terpuji.

“Mereka boleh melakukan pelbagai tugas dan peranan serta bijak bergaul dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program itu di Hotel Royale Bintang The Curve di sini, petang Isnin.

Selain hos Jejak Rasul itu, program berkenaan turut dihakimi pengamal perubatan Islam, Al-Fadhil Sharhan Shafie.

Pada majlis pelancaran tersebut, seramai 12 peserta berumur antara 19 hingga 27 tahun dipilih untuk bersaing dalam program sebanyak 13 episod itu.

Program yang diacarakan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, Mohd Zhafran Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris itu bakal disiarkan bermula Sabtu ini pada pukul 6 petang di TV3.

Zainal berkata, idea program yang diilhamkan sejak 2004 itu tidak perlu dibandingkan dengan program Imam Muda di Astro Oasis kerana mempunyai hala tuju yang berbeza.

“Pencarian seorang imam terlalu besar, sedangkan kita hanya mencari da’i (pendakwah) yang lebih kecil daripada imam.

“Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk mencari generasi pelapis golongan pendakwah, selain memartabatkan program keagamaan di TV3,” terangnya.

Dalam pada itu, penerbitnya Shukri Ibrahim berkata, penerbitan Da’i adalah bagi memenuhi permintaan penonton yang dahagakan program Islamik.

“Sudah tiba masanya kita hasilkan program yang dapat memenuhi permintaan penonton.

“Kesemua peserta nanti akan berdepan cabaran berat dalam melaksanakan 11 tugasan untuk dinilai dua juri tetap dan jemputan pada setiap minggu,” katanya.

Juara Da’i bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Turut hadir pada majlis pelancaran petang Isnin adalah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan