Anne Hathaway Mungkin Hamil

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anne Hathaway
Anne Hathaway

KEHADIRAN pelakon jelita Anne Hathaway pada Anugerah Golden Globe 2013 pada Ahad lalu bikin heboh apabila dia dikhabarkan sedang hamil anak pertama.

Menurut laporan Dailymail, pengacara Giuliana Rancic berkata Anne muncul di karpet merah dengan keadaannya seakan-akan berbadan dua.

"Saya dikhabarkan Anne hathaway mungkin sedang hamil. Jika benar, maka kemenangan yang diraih adalah disebabkan oleh tuah anak sulungnya," kata Giulana.

Pada acara berprestij itu Anne telah meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik Wanita menerusi filem Les Miserables.

Spekulasi yang dibuat Giulana mempunyai kebenaran yang kuat.

Saat Natalie Portman memenangi Oscar 2011, dia sedang hamil anak pertama. Hal yang sama juga terjadi kepada Rachel Weisz pada tahun 2006.

Bagaimanapun khabar hamil itu dinafikan jurucakap Anne dengan menegaskan bahawa isteri kepada Adam Shulman masih belum hamil.

Anne dan Adam telah berkahwin pada Oktober tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan