A Rahman Hassan Lega Keadaan Isteri Semakin Stabil

Diterbitkan: Ahad, 13 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

A Rahman Hassan bersama isterinya Azizah Mohamad.
A Rahman Hassan bersama isterinya Azizah Mohamad.

PETALING JAYA: Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan berasa lega dengan perkembangan positif isterinya Datin Azizah Mohamad yang kini dirawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit.

A Rahman berkata, kesihatan isterinya menunjukkan peningkatan selepas menerima rawatan rapi sejak dimasukkan ke hospital itu pada Rabu lalu.

“Saya berasa lega melihat perkembangan positif kesihatannya selepas menerima rawatan susulan di sini (hospital).

“Walaupun dia masih lemah dan terbaring, setidak-tidaknya dia sudah boleh berbual dan makan,” katanya yang berada di HKL ketika dihubungi pada Sabtu.

Azizah, 63, yang dirawat di HKL atas beberapa komplikasi penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan jangkitan kuman dalam paru-paru mula dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada Rabu lalu.

Bekas Presiden Majlis Muzik Malaysia itu berkata, keadaan penyanyi lagu Syurga Idaman itu semakin tenang dan stabil berbanding sebelum dia menerima rawatan.

“Sebelum ini, dia agak resah dan kurang selesa tetapi sekarang beransur tenang.

“Sejak dipindahkan ke wad biasa, dia sudah mula minta makanan macam-macam tetapi saya tidak benarkan dahulu atas nasihat doktor,” katanya.

Menerusi laporan mStar Online bertarikh 22 Disember 2011, ibu kepada pengarah dan pelakon Khir Rahman itu mengakui pernah mengalami penyakit aneh yang menyukarkan dia bercakap dan membaca dengan jelas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan