'Dimensi Rockarisma' Bukan Konsert Syok Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ramli Sarip, Nash dan Man Kidal bakal menggegarkan pentas konsert Dimensi Rockarisma. Foto SAMUEL ONG
Ramli Sarip, Nash dan Man Kidal bakal menggegarkan pentas konsert Dimensi Rockarisma. Foto SAMUEL ONG

PETALING JAYA: Tiga kumpulan rock legenda iaitu Sweet Charity, Lefthanded dan May akan memastikan gabungan mereka menerusi konsert Dimensi Rockarisma yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) Johor Bahru pada 9 Februari depan tidak bersifat syok sendiri.

Vokalis Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias berkata, konsert itu bukannya pentas pertandingan yang ingin menunjukkan kehebatan kumpulan masing-masing sebaliknya ia bertujuan menghiburkan orang ramai.

"Pada konsert itu nanti, tidak ada siapa yang akan tunjukkan siapa lebih dan siapa kurang. Tiada yang akan syok sendiri.

"Tetapi ia adalah penyatuan tiga kumpulan rock yang ingin menghiburkan para peminat masing-masing dengan konsep yang lebih matang.

"Mungkin kami akan memilih beberapa lagu untuk melakukan kolaborasi bersama," katanya.

Nash ditemui selepas sidang media Konsert Dimensi Rockarisma di restoran Marche, The Curve, dekat sini, Khamis.

Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip pula berkata, kumpulan mereka mahu memastikan persembahan yang bakal dibuat akan memukau penonton dengan gimik persembahan secara spontan.

"Selepas 27 tahun tidak beraksi di Johor, akhirnya kami berpeluang membuat persembahan di sana.

"Lebih-lebih lagi gandingan mantap bersama Lefthanded dan May, saya percaya, konsert ini pasti memberikan kenangan yang menakjubkan kepada penonton yang hadir," ujarnya.

Tiket berharga RM78 boleh ditempah dengan menghubungi talian 03-7880799 atau layari laman web www.ticketpro.com.my.

Bagi yang membuat tempahan awal, harga promosi akan diberi iaitu RM58 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Aida Husin menerusi talian 012-2166873 atau e-mel di mewahevent@gmail.com.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan