Spielberg, Ang Lee Antara Calon Popular Anugerah Oskar 2012

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hugh Jackman sebagai Jean Valjean mendukung kanak-kanak dalam filem
Hugh Jackman sebagai Jean Valjean mendukung kanak-kanak dalam filem "Les Miserables."

LOS ANGELES: Pengarah filem veteran, Steven Spielberg dan Ang Lee secara rasminya akan diumumkan sebagai calon penerima anugerah Oskar untuk sutradara terbaik bagi tahun 2012.

Manakala filem arahan Spielberg - Lincoln akan turut disenaraikan sebagai filem terbaik. Begitu juga dengan filem Ang Lee Life of Pi dan filem tentang operasi mengesan dan membunuh Osama bin Laden berjudul Zero Dark Thirty juga akan disenaraikan sebagai calon filem-filem terbaik.

Filem arahan dan lakonan Ben Affleck, iaitu tentang penahanan tebusan Iran berjudul Argo turut dijangka tersenarai.

Pengarah kontroversi dan pelik, Quentin Tarantino akan turut menyaksikan filem arahan terbaharunya Django Unchained terpilih untuk di senarai pendekkan sebagai filem terbaik.

Filem lakonan Hugh Jackson Les Miserables juga akan turut disenaraikan.

Pengumuman senarai penuh calon-calon Anugerah Oskar akan berlangsung tidak sampai 24 jam lagi.

Sementara itu untuk kategori pelakon terbaik pula, nama Daniel Day-Lewis untuk filem Lincoln, Hugh Jackman dalam Les Miz dan Bradley Cooper dalam Silver Linings Playbook," antara yang disebut-sebut akan disenaraikan.

Sementara Jessica Chastain (Zero Dark Thirty) dan Helen Mirren (Hitchcock) akan mengetuai senarai calon pelakon wanita terbaik.

Filem Spielberg mengenai kehidupan dan perjuangan Presiden Amerika ke-16, Abraham Lincoln untuk menghapuskan perhambaan di bumi Amerika sehingga mencetus perang saudara telah pun menerima galakan moral yang tinggi apabila dicalonkan untuk tujuh kategori dalam Anugerah Golden Globes - yang dilihat sebagai petunjuk jelas kepada bakal-bakal pemenang Oskar nanti.

Filem itu turut menerima pencalonan yang tinggi untuk Anugerah Screen Actors Guild, Directors Guild of America dan Anugerah Filem Britain.

Bagi Day-Lewis sendiri, pencalonan kali ini amat bersejarah bagi karier lakonannya kerana pelakon Irish itu telah pun memenangi dua anugerah Oskar sebelum ini iaitu menerusi filem My Left Foot pada tahun 1990 dan There Will Be Blood pada tahun 2008.

Filem Ang Lee, Life of Pi, yang mengisahkan tentang pengembaraan di lautan luas antara seorang remaja dari India dengan seekor harimau Bengal akan menjadi filem ketiga yang dicalonkan untuk Anugerah Oskar.

Lee sebelum ini telah pun mencatat kemenangan menerusi Crouching Tiger, Hidden Dragon pada tahun 2001 dan kemudian sekali lagi memenangi anugerah pengarah terbaik pada tahun 2006 menerusi filem Brokeback Mountain."

Zero Dark Thirtydi sebalik menerima kritikan hebat termasuk daripada Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) sendiri kerana memaparkan seolah-olah Osama berjaya dikesan selepas beberapa orang pengganas melalui proses soal-siasat yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan akan dilihat sebagai calon underdog pada Anugerah Oskar kali ini.

Filem "Argo" arahan dan lakonan Ben Affleck akan turut mencuri perhatian kerana kontroversi di sebalik fakta mengenai krisis tahanan Iran pada tahun 1979 yang menyaksikan perjalanan ceritanya bercampur aduk antara realiti dan fiksyen.

Dan tidak kurang yang mencuri perhatian tidak lain dan tidak bukan ialah filem arahan Tarantino Django Unchained.

Filem Tarantino sentiasa bermandikan darah tetapi penuh dengan sindiran dan kritikan massa dan kali ini beliau mempotretkan Jamie Foxx membawa watak seorang hamba abdi yang bertindak ganas dalam usaha untuk membebaskan isterinya daripada cengkaman dan tawanan Leonardo DiCaprio.

Aksi tembak menembak yang dipaparkan dalam filem itu mendorong pihak pengedar dan penerbit menangguhkan penayangannya di Amerika ekoran insiden kejadian tembakan di sebuah sekolah di Connecticut yang mengorbankan 28 nyawa sejurus sebelum Krismas tahun lalu.

Sebagaimana Day-Lewis, Spielberg juga mengejar anugerah Oskarnya yang ketiga selepas memenangi anugerah itu untuk filem Schindler's List pada tahun 1993 dan kemudian menerusi filem perjalanan Perang Dunia Ke-2, Saving Private Ryan pada tahun 1999.

Anugerah Oskar akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 24 Februari depan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan