RJ Bakal Rakam Lagu Kerana Tempias 'Teman Pengganti'

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi RJ dalam AJL27 Ahad lalu.
Aksi RJ dalam AJL27 Ahad lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi rap, Rapper Jambang atau RJ menyifatkan tempias populariti yang di kecapinya bersama Black menerusi lagu Teman Pengganti sebagai kelebihan yang tidak dijangka.

RJ atau nama sebenarnya, Mohd Helmy Hamdan, 29, berkata, kemenangan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 pada malam Ahad lalu bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu berkenaan telah membuka ruang untuk dia mengembangkan bakat.

"Syukur dengan kemenangan itu dan ia juga telah membuka ruang kepada saya untuk mengembangkan bakat dalam bidang muzik walaupun tidak pernah menyangka mempunyai bakat sebagai penyanyi rap.

"Perancangan untuk menghasilkan single sendiri sudah ada dan kini sedang dalam proses perbincangan untuk memilih lagu sesuai," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Bagaimanapun kata RJ, dia tidak mahu terburu-buru mengeluarkan single tersebut kerana perlu mengambil kira kehendak pendengar dan pasaran tempatan.

"Biarlah lagu pertama saya itu nanti dapat memberikan impak kepada pendengar dan bukan sekadar untuk suka-suka," katanya.

"Banyak faktor yang perlu diambil kira kerana sebagai seorang yang telah lama terlibat dalam industri muzik di belakang tabir saya sedikit sebanyak memahami bagaimana proses menghasilkan album," jelasnya.

Dalam pada itu, RJ menolak dia terlibat dalam bidang muzik kerana ingin mengejar populariti sebaliknya berkata, ia adalah satu kebetulan.

"Sudah lima tahun saya bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat rakaman Monkey Bone dan peluang sentiasa berada di depan mata saya. Jadi isu mengejar populariti tidak pernah timbul," katanya.

Sementara itu, RJ menjelaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan kerjayanya menguruskan artis di Monkey Bone dan yakin kedua-dua bidang itu dapat berjalan serentak.

"Saya sangat selesa dengan tugas saya sekarang dan tidak akan berhenti dan percaya ia boleh berjalan serentak kerana sudah biasa dengan perjalanan industri ini," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan