Filem 'Juvana' Bukan Niat Tonjol Kelemahan Sekolah Juvenil

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada pelakon Juvana
Sebahagian daripada pelakon Juvana

PETALING JAYA: Filem Juvana yang bakal ditayangkan pada 24 Januari depan bukan dihasilkan bagi menonjolkan kelemahan sistem pengurusan sekolah pesalah juvenil di negara ini.

Pengarahnya Faisal Ishak berkata, filem itu cuba menonjolkan ragam golongan berkenaan manakala penonton perlu mengutip pengajaran daripada jalan cerita yang dipaparkan.

“Apa yang kami cuba tonjolkan ialah keseluruhan cerita ini mengenai budak juvana (juvenil) dan bukan kepada sistem pentadbirannya.

“Kami percaya masyarakat akan mendapat pengajaran daripada karya yang diketengahkan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pra tonton filem berkenaan di Cathay e-Curve di sini petang Rabu.

Juvana membariskan para pelakon antaranya Johan As’ari (Botak), Syazwan Zulkifly (Apek), Sharnaaz Ahmad (Lan Todak), Zahiril Adzim (Daim), Shera Aiyob (Sara) Idzham Ismail (Panjang) dan Adlin Aman Ramlie (Tuan Ali).

Selain insiden pergaduhan sesama pelajar, turut dipaparkan pertempuran dengan pihak pengurusan asrama yang seolah-olah memberi gambaran ketidakcekapan pengurusan sekolah bagi pesalah berkenaan sehingga kejadian berkenaan boleh berlaku.

Sementara itu Zahiril Adzim berkata, penonton harus melihat fungsi watak juvana itu dengan ruang yang lebih besar iaitu bagaimana pelajar berkenaan boleh dimasukkan ke sekolah berkenaan.

Katanya pengajaran yang diperoleh ialah nilai-nilai setia kawan yang diterapkan sesama pelajar.

Dalam pada itu Johan berharap golongan remaja yang menonton filem berkenaan menjadi seorang pemaaf sebagaimana watak Botak yang dilakonkannya.

“Setiap manusia akan buat kesilapan dan setiap manusia juga harus belajar untuk menjadi pemaaf. Saya harap mereka yang menonton filem ini, selepas keluar panggung akan mendapat pengajarannya,” jelas Johan.

Filem berkenaan adalah kesinambungan drama bersiri Juvana mengisahkan sekumpulan pelajar dari sekolah Wirabakti yang terpaksa dipindahkan ke sebuah sekolah baru bagi meneruskan tempoh hukuman masing-masing.

Salah seorang pelajarnya iaitu Daim telah dibebaskan lebih awal dan menjalani kehidupan sebagai pekerja kilang secara sambilan bagi menampung hidup dan membiayai perbelanjaan persekolahan.

Ketika di sekolah baharu, berlaku pergaduhan melibatkan pelajar-pelajar Wirabakti dan penuntut senior sekolah tahanan tersebut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan