Anas Tepis Tuduhan Faizal Tahir Bersikap Lepas Tangan

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anas Ridzuan
Anas Ridzuan

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Anas Ridzuan menolak dakwaan segelintir pihak kononnya penyanyi Faizal Tahir bersikap lepas tangan terhadap perkembangan kerjayanya selepas program Mentor musim keenam berakhir.

Anas, 23, berkata, tuduhan itu tidak sepatutnya timbul kerana Faizal sebenarnya sedang sibuk dengan proses rakaman album terbaharunya.

Pemenang tempat ketiga Mentor 6 terbitan TV3 itu berkata, sebagai orang baharu dia menghormati bekas mentornya itu dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Saya bukan diabaikan atau Faizal lepas tangan terhadap perkembangan kerjaya saya. Saya perlu hormati dia yang sedang sibuk dengan rakaman albumnya.

“Hakikatnya, ramai lagi orang berbakat di luar sana, tetapi rezeki saya berpeluang menyertai industri, jadi saya kena bersabar dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.

Anas berkata, dia juga bersedia mengambil inisiatif sendiri untuk mengedarkan lagu pertamanya Hanya Padamu ke stesen radio kerana menyedari kesibukan pihak pengurusannya.

“Saya tidak terkilan atau salahkan mana-mana pihak. Mungkin mereka (pengurusan) terlepas pandang atau sibuk dengan komitmen lain.

“Selepas berbincang dengan beberapa rakan industri, saya bersedia untuk edarkan sendiri lagu pertama itu ke stesen radio kerana sudah agak lama juga sejak Mentor 6 berakhir,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan kerjaya yang masih terumbang-ambing, Anas berkata, dia bersyukur dan masih boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia seni ini.

“Terus-terang saya katakan, buat masa ini saya tidak rasa diabaikan mana-mana pihak. Saya masih cukup makan dan boleh mencari peluang menyanyi dan berlakon serba sedikit.

“Memadailah dengan beberapa tawaran yang ada untuk saya meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni yang baharu,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Sunti @ Facebook.com arahan James Lee.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan