Mariah Carey Upah Ramai Pengawal Kerana Nicki Minaj

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi terbaharu Mariah Carey pada sebuah konsert di Australia bersempena sambutan tahun baru pada 1 Januari lalu.
Aksi terbaharu Mariah Carey pada sebuah konsert di Australia bersempena sambutan tahun baru pada 1 Januari lalu.

NEW YORK: Penyanyi Mariah Carey terpaksa mengupah lebih ramai pengawal peribadi susulan pertengkarannya dengan penyanyi muda Nicki Minaj ketika sesi uji bakat program American Idol musim ke-12 pada Oktober lalu.

“Saya rasa ia adalah perkara yang wajar dilakukan. Saya tidak berani ambil risiko (ancaman keselamatan) ketika berada di jalanan bersama dua anak kecil saya,” katanya kepada Barbara Walters dalam satu temu ramah program Nightline di saluran ABC, malam Isnin lalu (waktu tempatan).

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hero itu berkata, keputusan tersebut bertujuan melindungi dia dan keluarga daripada sebarang kemungkinan kerana kemarahan Minaj ketika insiden itu boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak dijangkakan.

“Saya berasa seperti berada dalam persekitaran kerja yang tidak selamat.

“Tindakan mengugut dan mengancam seseorang tidak wajar berlaku kerana saya seorang yang profesional (dalam kerja) dan tidak biasa dengan persekitaran begitu,” katanya.

Tambah Carey, dia berharap insiden yang tercetus itu dapat memberikan impak positif kepada program realiti yang akan disiarkan di saluran Fox kelak.

“Saya berharap semua ‘drama’ yang berlaku dapat membantu program itu.

“Saya rasa ia (program) mempunyai kelas tersendiri dan tidak perlukan itu (drama) semua,” katanya.

Carey yang enggan mendedahkan jumlah bayaran diterima sebagai juri berkata, dia menyertai program tersebut dengan alasan tertentu.

“Bagi saya, yang paling penting adalah mengenai para peserta.

“Saya berpeluang merealisasikan impian lebih separuh daripada hayat usia saya, jadi saya mahu memberikan sumbangan semula kepada mereka,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan