Karyawan Selar 'Mulut Celopar', Presiden Gafim

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Freddie anggap kenyataan Jurey mengenai Karyawan adalah cerminan kepada tahap pemikiran dan kepimpinan yang lemah dimiliki pengarah itu.
Freddie anggap kenyataan Jurey mengenai Karyawan adalah cerminan kepada tahap pemikiran dan kepimpinan yang lemah dimiliki pengarah itu.

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyifatkan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) Jurey Latiff Rosli sebagai tidak matang kerana menuduh Karyawan sebagai sebuah persatuan 'rojak'.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, kenyataan Jurey itu dalam sebuah akhbar harian pada Selasa memperlihatkan tahap pemikiran dan kepimpinan yang lemah dimiliki oleh pengarah filem Libas itu.

“Kenapa dia (Jurey) perlu panggil kita (Karyawan) rojak? Sebagai pemimpin persatuan, dia sepatutnya menghormati orang lain dan berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kenyataan sedemikian menunjukkan dia mempunyai tahap pemikiran dan kepimpinan yang lemah,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan terbaharu Presiden Gafim itu pada sebuah akhbar harian susulan teguran Freddie berhubung kekecohan ditimbulkan Gafim yang tidak berpuasa hati dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25 pada Februari depan.

Freddie berkata, kredibiliti dan kelayakan Karyawan untuk memberikan pandangan terhadap ‘drama’ dicetuskan Gafim tidak wajar menjadi persoalan kerana Karyawan dianggotai pelbagai pelakon termasuklah aktres veteran Datuk Sarimah Ahmad yang merangkap Pengerusi Karyawan.

“Sama ada kami layak atau tidak layak untuk memberikan pandangan pada pergeseran antara Gafim dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bukan persoalannya.

“Kita sedia maklum Karyawan dianggotai pelbagai pelakon tanah air termasuklah Datuk Sarimah Ahmad selaku Pengerusi dan Radhi Khalid yang merupakan Naib Presiden Karyawan,” katanya.

Tambahnya, Gafim sudah diberikan peluang untuk menganjurkan FFM24 tetapi mereka gagal melaksanakannya dengan baik kerana pelbagai alasan.

“Finas melakukan keputusan yang tepat apabila mengetepikan Gafim daripada penganjuran kerana acara ini lebih layak dianjurkan Finas dan Persatuan Penerbit Filem (PFM) kerana kepakaran mereka.

“Tidak perlulah serang Finas pula pada kali ini kerana Gafim sudah diberikan peluang tetapi gagal,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan