Ako Mustapha Kecewa Masih Dibayar Rendah

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ako menjelaskan masa depan dua anaknya menjadi keutamaannya.
Ako menjelaskan masa depan dua anaknya menjadi keutamaannya.

PETALING JAYA: Pelakon Ako Mustapha berasa kecewa dengan sikap sesetengah produser yang masih tidak menaikkan bayaran hasil kerja lakonannya sejak terlibat dalam bidang seni hampir 15 tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 41, berkata, sebagai pelakon senior dia bukan meminta untuk disanjung namun berharap bayaran diberikan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.

"Saya bukan seorang pelakon yang 'demand' tentang bayaran tetapi jika tawaran yang diterima masih sama seperti saya mula-mula berlakon dulu, itu adalah tidak adil.

"Jika saya masih bujang mungkin saya tidak kisah sangat tetapi kini saya mempunyai tanggungan yang perlu diberi perhatian," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ako, dia bersyukur di sebalik isu tersebut dia masih lagi menerima banyak tawaran berlakon daripada produksi tempatan.

Dalam pada itu, menyedari hakikat keadaan industri seni yang tidak menentu, Ako berkata sejak dua tahun lalu dia telah menceburi bidang perniagaan bagi memastikan masa depan dua puterinya, Merissa Tempawan, 3, dan Myra Fatimah yang berusia 7 bulan terjamin.

Bagaimanapun dia mengakui bukan mudah untuk berjaya dalam bidang tersebut dan masih berusaha keras bagi memastikan perniagaan berkenaan berjaya.

"Selepas berkahwin saya perlu memikirkan mengenai keluarga dan bukan hanya mementingkan diri sendiri dan sebab itu saya perlu buat sesuatu bagi menjamin masa depan anak-anak saya dan tidak hanya mengharapkan kepada lakonan semata-mata.

"Lakonan adalah hobi bagi saya yang bertujuan untuk membolehkan saya menjelaskan bil bulanan," ujarnya tanpa berselindung.

Sementara itu, Ako berkata, bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata telah banyak mengubahnya kepada seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab dan memikirkan keluarga daripada dirinya sendiri.

Dia juga berasa puas apabila dapat melakukan sesuatu untuk keluarga dan mereka adalah perkara penting buatnya.

"Saya sudah tidak kisah mengenai populariti kerana ia bukan lagi keutamaan saya kerana keluarga adalah tunjang utama hidup saya kini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ako sibuk di lokasi drama bersiri Kerana Sarah selain beberapa projek yang masih dalam perbincangan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan