'Terukir Di Bintang' Juara AJL27

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.
Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.

KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Aizat Amdan, Yuna berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Terukir Di Bintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu(Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu(Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).

Turut bertanding Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri(Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).

Naib juara AJL27 menjadi milik lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.

Pemenang persembahan terbaik pula diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti. Mereka menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang mula diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun nada dering pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.

Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.

Acara tersebut dihoskan oleh gandingan pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL27 turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.

Manakala segmen interlud menampilkan empat legenda rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.

Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG (Coco), Edrie Hashim dan Man Kidal.

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.

Berikut keputusan AJL27

Juara Lagu: Terukur Di Bintang - (Lagu: Yuna/Lirik: Yuna) - Nyanyian Aizat

Naib Juara Lagu: Idola – (Lagu: Audi Mok/Lirik: Azlan) - Nyanyian Azlan & The Typewriter

Tempat Ketiga: Ku Akui – (Lagu: Ajai/Lirik: Ajai) - Nyanyian Hafiz

Persembahan Terbaik: Teman Pengganti – (Lagu: Malique/Lirik: Malique)- Nyanyian Black & RJ

Vokal Terbaik: Ku Akui – Nyanyian Hafiz

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan