Snoop Lion Tidak Larang Anak Ambil Dadah - Berita Hiburan | mStar

Snoop Lion Tidak Larang Anak Ambil Dadah

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Snoop Lion
Snoop Lion

SNOOP DOG yang kini telah mengubah namanya kepada Snoop Lion menjadi bapa yang tidak wajar dicontohi kerana dia tidak ragu-ragu untuk mengajar ketiga-tiga anaknya mengambil dadah.

Menurut laporan portal The New Musical Express, penyanyi rap itu berkata, walaupun tidak mahu anaknya terjebak dengan pengambilan ganja, namun dia tidak akan melarang jika anaknya itu mengambil dadah itu.

"Saya bukannya mahu mereka terjebak dalam dadah, namun saya tidak melarang mereka.

"Kalau boleh saya mahu mereka tahu informasi tentang dadah, agar tidak terkena dengan benda-benda yang menakutkan," katanya.

Kenyataan penyanyi itu membuatkan segelintir peminatnya kurang senang dengan sikapnya itu kerana sebagai bapa, beliau harus menunjukkan contoh yang baik.

Sementara itu, Snoop Lion telah mengubah aliran muzik reggae, bersesuaian dengan pengubahan nama barunya itu.

Dalam pada itu apa juga bentuk dadah adalah dilarang di Malaysia.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan