Noh Mula Prihatin Tentang Kesihatan Kerana Mizz Nina

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noh Salleh
Noh Salleh

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, mengakui dia kini lebih prihatin terhadap penjagaan kesihatan gara-gara isterinya Mizz Nina.

Noh, 28, berkata, dia mula belajar mengenai cara kehidupan dan pemakanan yang sihat daripada Nina dan telah mendaftarkan diri di pusat kecergasan (gim) berdekatan dengan rumahnya sejak awal tahun lalu.

"Saya mula prihatin dengan kesihatan diri selepas belajar dengan Nina. Dia begitu obses tentang hal-hal seperti ini.

"Apabila mendapat tahu tentang baik buruk cara kehidupan lama yang kurang mengamalkan senaman terutamanya, saya mula sedar, inilah masanya untuk memulakan rutin aktiviti yang lebih sihat.

"Lebih-lebih lagi, berada di samping Nina membuatkan saya lagi bersemangat untuk menjalani rutin yang lebih sihat," katanya.

Bagaimanapun tambah Noh, Nina tidak dapat menyertainya bersenam di gim kerana masalah lutut di mana dia tidak dibenarkan melakukan senaman lasak.

Dalam pada itu, beritahu Noh, kerana perubahan rutinnya itu, penyanyi itu mula merasakan dirinya lebih sihat selain berat badan juga semakin berkurangan.

Sementara itu, mengenai kehidupan rumah tangganya, dia dan Nina semakin bahagia melayari bahtera perkahwinannya sebagai pasangan suami isteri walaupun agak sukar untuk mencari masa lapang bersama.

"Bayangkan, selalunya kami hanya berjumpa pagi, sebelum keluar bekerja dan malam sahaja. Itu pun kami cuba mencari masa terluang dengan menikmati makan bersama.

"Alhamdulilah, kekurangan aktiviti persembahan Hujan pada tiga bulan terakhir 2012 ada hikmahnya di mana saya dapat meluangkan lebih masa bersama isteri.

"Insya Allah kami merancang untuk dapatkan anak tahun ini," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan