Juri AJL27 Tidak Terpengaruh Dengan Aizat

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.
Aizat Amdan yang menggantikan Yuna dengan membawa lagu Terukir DI Bintang memenangi Anugerah Juara Lagu 27. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR.

PETALING JAYA: Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), Azmeer menegaskan kemenangan lagu Terukir Di Bintang yang menjadi juara acara berprestij itu tiada kaitan dengan kontroversi pertukaran saat-saat akhir penyanyi pengganti iaitu Aizat yang membawakan lagu itu.

Azmeer berkata, dia bersama sembilan juri lain tidak pernah menilai sesebuah lagu yang dipertandingkan kerana kontroversi yang tercetus tetapi lebih kepada kualitinya.

"Sebagai juri profesional, kami tiada kaitan dengan isu kontroversi yang telah berlaku.

"Kemenangan lagu Terukir Di Bintang juga bukan kerana hal itu. Bagi kami, mana-mana lagu yang bagus dan berkualiti, ia akan diangkat sebagai juara.

"Tidak kiralah siapa yang menyanyikannya sekali pun," tegas Azmeer pada sidang akhbar AJL25 selepas konsert itu yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam Ahad.

Antara juri-juri yang terlibat dalam penilaian AJL27 adalah Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Pada persembahan AJL27, lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah dinyanyikan oleh Aizat sebagai penyanyi gantian.

Yuna tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Amerika Syarikat atas urusan albumnya.

Dalam pada itu, Aizat pula menyifatkan konflik mengenai tawaran kepada penyanyi Uji Rashid yang disebut-sebut akan menyanyikan lagu berkenaan tidak perlu dijadikan kontroversi.

Malah, Aizat turut terkesan dengan hal tersebut apabila mendapat tahu Uji terpaksa digantikan dengan dirinya, dan dia difahamkan penyanyi verteran tersebut tidak diberitahu tentang pertukaran itu.

"Saya tak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik.

"Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya," kata Aizat.

Sementara itu, Aizat bersyukur, penyertaannya bagi membantu Yuna yang sibuk di Amerika Syarikat membawa kejayaan.

"Bagaimanapun Terukir Di Bintang mendapat juara bukan kerana saya, tetapi lagu ciptaan Yuna sememangnya memberikan kelainan dalam industri muzik tanah air kira," ujarnya.

ALJ27 turut menyaksikan naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz dengan meraih hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan